Had pinjaman dari RM 30,000 hingga RM 50,000;
Kadar faedah 4% setiap tahun;
Tempoh ansuran dari 3 hingga 5 tahun (36 hingga 60 bulan);
Kaedah bayaran ansuran adalah melalui bank pemohon.
Syarat-syarat Pinjaman Skim Transformasi
a. Pemohon
- Pemohon di Semenanjung Malaysia wajib mendaftar perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) manakala peniaga di Sabah dan Sarawak hanya perlu berdaftar dengan PBT;
- Berumur antara 21 hingga 55 tahun;
- Warganegara Malaysia (Bukan Muflis)
b. Penjamin (Seorang penjamin diperlukan bagi perniagaan yang beroperasi kurang dari 1 tahun)
- Berumur antara 21 hingga 55 tahun;
- Warganegara Malaysia (Bukan Muflis);
- Bekerja di Malaysia;
- Pendapatan minimum RM4,000 sebulan

Tatacara permohonan:-
- Borang Permohonan boleh diperolehi melalui pejabat YPPKM, laman web YPPKM www.yppkm.org
- Borang Permohonan yang lengkap boleh dikemukakan melalui pos atau wakil-wakil YPPKM untuk diproses dan diluluskan oleh YPPKM
- Pemohon yang berjaya dikehendaki menandatangani perjanjian dengan YPPKM
- Pengeluaran wang pinjaman akan dibayar terus oleh pihak bank kepada peminjam dengan instruksi YPPKM.
