Skim Kredit Transformasi

1. Bagaimanakah saya boleh membuat permohonan Skim Transformasi YPPKM?

Borang Skim Transformasi YPPKM boleh didapati secara percuma di:
a) Portal Rasmi YPPKM (https://yppkm.org)
b) Pejabat YPPKM

Anda boleh menghantar Borang Skim YPPKM yang telah lengkap diisi melalui pos.

2. Bolehkah saya menghantar borang permohonan ke Pejabat YPPKM?

Boleh. Anda digalakkan.

3. Apakah dokumen yang perlu dikemukakan bersama borang permohonan?

Dokumen yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:
a) Salinan kad pengenalan pemohon dan penjamin
b) Gambar ukuran passport pemohon dan penjamin
c) Salinan bil elektrik atau bil air premis kediaman
d) Pemohon Semenanjung Malaysia mesti mendaftarkan diri sebagai penjaja atau peniaga kecil dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT)
e) Pemohon Sabah dan Sarawak hanya berdaftar dengan PBT
f) 3 keping gambar premis perniagaan.

g) Penyata bank 3 bulan terkini

h) Slip gaji 3 bulan terkini, atau borang BE/B/EA atau Penyata KWSP  dari  penjamin

4. Apakah syarat-syarat yang harus dipenuhi dalam permohonan Skim Transformasi YPPKM?

Pemohon yang layak membuat permohonan Skim Transformasi YPPKM perlulah memenuhi syarat seperti berikut:
a) Peniaga kecil/Penjaja Cina
b) Berumur antara 21 hingga 55 tahun
c) Warganegara Malaysia yang tidak muflis

5. Jika umur saya melebihi 55 tahun,adakah saya layak membuat permohonan?

Tidak. Skim Transformasi YPPKM adalah untuk pemohon berumur antara 21 hingga 55 tahun.

6. Saya memenuhi syarat-syarat dalam permohonan, Adakah saya layak membuat permohonan?

Ya.

7. Berapa lamakah tempoh masa pemprosesan setiap permohonan?

Tempoh masa pemprosesan setiap permohonan dianggar mengambil masa selama 1 hingga 2 bulan dengan syaratnya, borang permohonan dan dokumen sokongan yang lengkap diterima untuk pemprosesan yang terperinci.

8. Bagaimanakah saya dapat menyemak status permohonan Skim YPPKM?

Kami akan menghantar surat untuk memberitahu keputusan akhir samada lulus atau menolak.

9. Apakah cara untuk mempercepatkan permohonan Skim Transformasi YPPKM?

Anda harus mengisytiharkan maklumat dengan lengkap dan memastikan maklumat tersebut adalah tepat semasa permohonan Skim Transformasi dibuat. Pengisytiharan maklumat yang sah juga akan mempercepatkan pemprosesan permohonan anda.

10. Apakah langkah seterusnya apabila pinjaman Skim Transformasi YPPKM telah diluluskan?

Anda hendaklah menetapkan tarikh untuk hadir ke pejabat YPPKM supaya anda dapat menandatangani surat perjanjian dengan YPPKM. Dokumen-dokumen yang diperlukan akan dinyatakan dalam surat kelulusan permohonan.

11. Berapa lama proses pengeluaran pinjaman dapat dilakukan jika saya telah menandatangani perjanjian?

Proses pengeluaran pinjaman akan mengambil masa 10 hari bekerja selepas penerimaan surat perjanjian yang lengkap.

12. Siapakah yang layak menjadi penjamin Skim Transformasi YPPKM?

Pemohon yang layak menjadi penjamin Skim Transformasi YPPKM perlulah memenuhi syarat seperti berikut:
a) Pendapatan tetap
b) Gaji bulanan sekurang-kurangnya RM4,000
c) Bukan seorang bankrap
d) Berumur antara 21 hingga 55 tahun

13. Mengapa Skim Transformasi YPPKM memerlukan penjamin?

Penjamin bertanggungjawab untuk membayar hutang sekiranya peminjam gagal membuat bayaran. Oleh itu,penjamin haruslah memahami peranan dan tanggungjawab serta memastikan keupayaan diri sendiri sebelum bersetuju menjadi seorang penjamin

14. Adakah penjamin layak membuat permohonan Skim Transformasi YPPKM?

Tidak. Penjamin tidak layak membuat permohonan Skim Transformasi YPPKM

15. Bilakah bayaran ansuran pinjaman YPPKM yang pertama dijadualkan setelah menerima pinjaman?

Peminjam hendaklah membuat transaksi bayaran balik pinjaman dalam 30hari sebelum 1 haribulan.

Sebagai contoh, anda menerima pinjaman YPPKM pada 16 Mac 2019, anda perlu membuat bayaran ansuran pertama sebelum 1 haribulan Mei 2019.

16. Apakah kesannya jika terdapat tunggakan ansuran bulanan bagi Skim Transformasi YPPKM?

Anda perlu membuat bayaran balik jumlah tunggakan dengan melalui resit transaksi sebagai bukti. Untuk sebarang keterangan lanjut,sila hubungi kami.

Tunggakan tersebut akan dikenakan CAJ KELEWATAN pada kadar sebanyak 2%.

17. Bolehlah saya memohon kedua -dua skim dari YPPKM

Tak boleh.

18. Saya ingin membuat penyelesaian awal, adakah dibenarkan?

Boleh. Kadar faedah akan ditolak dari baki pembiayaan.