Soalan Lazim

1. Bagaimanakah saya boleh membuat permohonan Skim Kredit Mikro YPPKM?

Borang Skim Kredit Mikro YPPKM boleh didapati secara percuma di:
a) Portal Rasmi YPPKM (http://www.yppkm.org)
b) Pejabat YPPKM
c) Pusat Khidmat Parti Gerakan Rakyat Malaysia
d) Pejabat Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil

Anda boleh menghantar Borang Skim YPPKM yang telah lengkap diisi melalui pos.

2. Bolehkah saya menghantar borang permohonan ke Pejabat YPPKM?

Boleh. Anda digalakkan.

3. Apakah dokumen yang perlu dikemukakan bersama borang permohonan?

Dokumen yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:
a) Salinan kad pengenalan pemohon dan penjamin
b) Gambar ukuran passport pemohon dan penjamin
c) Salinan bil elektrik atau bil air premis kediaman
d) Pemohon Semenanjung Malaysia mesti mendaftarkan diri sebagai penjaja atau peniaga kecil dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT)
e) Pemohon Sabah dan Sarawak hanya berdaftar dengan PBT
f) 3 keping gambar premis perniagaan.

4. Saya ingin memulakan perniagaan, adakah saya layak memohon Skim Mikro Kredit YPPKM?

Ya. Anda perlu kemukakan rancangan perniagaan yang merangkumi pelan tindakan perniagaan yang hendak dijalankan secara menyeluruh dan terperinci bersama 3 keping gambar premis perniagaan yang dicadangkan atau ditetapkan.

5. Apakah syarat-syarat yang harus dipenuhi dalam permohonan Skim Mikro Kredit YPPKM?

Pemohon yang layak membuat permohonan Skim Mikro Kredit YPPKM perlulah memenuhi syarat seperti berikut:
a) Peniaga kecil/Penjaja Cina
b) Berumur antara 18 hingga 60 tahun
c) Warganegara Malaysia yang tidak muflis

6. Jika umur saya melebihi 60 tahun,adakah saya layak membuat permohonan?

Tidak. Skim Mikro Kredit YPPKM adalah untuk pemohon berumur antara 18 hingga 60 tahun.

7. Saya merupakan seorang pemohon yang berlayakan. Adakah saya layak membuat permohonan?

Ya. Tetapi sila ambil perhatian, hanya seorang daripada pasangan suami-isteri sahaja yang layak memohon. Bagi perniagaan perkongsian, hanya seorang rakan kongsi dalam perniagaan berkenaan sahaja yang boleh memohon. Pada masa yang sama, ahli keluarga pemohon seperti ibubapa,adik-beradik dan saudara-mara yang memegang Sijil SSM yang berlainan adalah layak memohon.

8. Berapa lamakah tempoh masa pemprosesan setiap permohonan?

Tempoh masa pemprosesan setiap permohonan dianggar mengambil masa selama 1 hingga 2 bulan dengan syaratnya, borang permohonan dan dokumen sokongan yang lengkap diterima untuk pemprosesan yang terperinci.

9. Bagaimanakah saya dapat menyemak status permohonan Skim YPPKM?

Kami akan menghantar surat untuk memberitahu keputusan akhir samada lulus atau menolak.

10. Apakah cara untuk mempercepatkan permohonan Skim Mikro Kredit YPPKM?

Anda harus mengisytiharkan maklumat dengan lengkap dan memastikan maklumat tersebut adalah tepat semasa permohonan Skim Mikro Kredit dibuat. Pengisytiharan maklumat yang sah juga akan mempercepatkan pemprosesan permohonan anda.

11. Apakah langkah seterusnya apabila pinjaman Skim Mikro Kredit YPPKM telah diluluskan?

Anda hendaklah menetapkan tarikh untuk hadir ke pejabat YPPKM supaya anda dapat menandatangani surat perjanjian dengan YPPKM. Dokumen-dokumen yang diperlukan akan dinyatakan dalam surat kelulusan permohonan.

12. Berapa lama proses pengeluaran pinjaman dapat dilakukan jika saya telah menandatangani perjanjian?

Proses pengeluaran pinjaman akan mengambil masa 10 hari bekerja selepas penerimaan surat perjanjian yang lengkap.

13. Siapakah yang layak menjadi penjamin Skim Mikro Kredit YPPKM?

Pemohon yang layak menjadi penjamin Skim Mikro Kredit YPPKM perlulah memenuhi syarat seperti berikut:
a) Pendapatan tetap
b) Gaji bulanan sekurang-kurangnya RM1500
c) Bukan seorang bankrap
d) Berumur antara 18 hingga 60 tahun

14. Mengapa Skim Mikro Kredit YPPKM memerlukan penjamin?

Penjamin bertanggungjawab untuk membayar hutang sekiranya peminjam gagal membuat bayaran. Oleh itu,penjamin haruslah memahami peranan dan tanggungjawab serta memastikan keupayaan diri sendiri sebelum bersetuju menjadi seorang penjamin

15. Adakah penjamin layak membuat permohonan Skim Mikro Kredit YPPKM?

Tidak. Penjamin tidak layak membuat permohonan Skim Mikro Kredit YPPKM.

16. Bilakah bayaran ansuran pinjaman YPPKM yang pertama dijadualkan setelah menerima pinjaman?

Peminjam hendaklah membuat transaksi bayaran balik pinjaman dalam 30hari sebelum 1 haribulan.

‘Sebagai contoh, anda menerima pinjaman YPPKM pada 16 Mac 2016, anda perlu membuat bayaran ansuran pertama sebelum 1 haribulan Mei 2016.

17. Apakah kesannya jika terdapat tunggakan ansuran bulanan bagi Skim Mikro Kredit YPPKM?

Anda perlu membuat bayaran balik jumlah tunggakan dengan melalui resit transaksi sebagai bukti. Untuk sebarang keterangan lanjut,sila hubungi kami.

Tunggakan tersebut akan dikenakan CAJ KELEWATAN pada kadar sebanyak 2%.

18. Dimana Saya Dapat Cari Pihak Rekomendasi?

Anda boleh dapatkan rekomendasi di persatuan-persatuan tempatan yang sah, selain daripada itu, penghulu-pengulu, ketua kampong dan ketubuhan bukan kerajaan juga boleh menjadi rekomendasi anda.