Kelayakan

Syarat-syarat dan kriteria skim kredit mikro

  1. Untuk Pemohon
    1. Pemohon mesti mendaftarkan diri sebagai penjaja atau peniaga kecil dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Semenanjung Malaysia dan hanya berdaftar dengan PBT di Sabah dan Sarawak;
    2. Berumur antara 18 hingga 60 tahun;
    3. Warganegara Malaysia (Tidak Muflis);
    4. Disyorkan oleh Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil atau Persatuan Peniagaan yang berdaftar;
    5. Had pinjaman dari RM 5,000 hingga RM 20,000;
    6. Kadar faedah 4% setiap tahun;
    7. Tempoh ansuran dari 2 hingga 5 tahun (24 hingga 60 bulan);
    8. Cara bayar balik ansuran adalah melalui cawangan-cawangan bank yang ditentukan.
  2. Untuk Penjamin
    1. Warganegara Malaysia (Tidak Muflis);
    2. Berumur antara 18 hingga 60 tahun;
    3. Pendapatan minimum RM1,500 sebulan
Jumlah Pinjaman
(RM)
Caj Pentadbiran
(RM)
Tempoh Ansuran
(Bulan)
Ansuran Bulanan
(RM)
5,000 120 24 225.00
10,000 240 36 315.00
15,000 360 48 365.00
20,000 480 60 400.00

 

Tatacara permohonan:-

  1. Borang Permohonan boleh diperolehi melalui pejabat YPPKM, laman web YPPKM www.yppkm.org atau Persatuan-persatuan Penjaja.
  2. Borang Permohonan yang lengkap boleh dikemukakan melalui pos atau wakil-wakil YPPKM untuk diproses dan diluluskan oleh YPPKM
  3. Permohon yang berjaya dikehendaki menandatangani perjanjian dengan YPPKM
  4. Pengeluaran wang pinjaman akan dibayar terus oleh pihak bank kepada peminjam dengan instruksi YPPKM.