Kelayakan Skim Kredit Transformasi

Syarat-syarat dan kriteria Skim Transformasi

  1. Untuk Pemohon
    1. Pemohon mesti mendaftarkan diri sebagai penjaja atau peniaga kecil dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Semenanjung Malaysia dan hanya berdaftar dengan PBT di Sabah dan Sarawak;
    2. Berumur antara 21 hingga 55 tahun;
    3. Warganegara Malaysia (Tidak Muflis);
    4. Had pinjaman dari RM 30,000 hingga RM 50,000;
    5. Kadar faedah 4% setiap tahun;
    6. Tempoh ansuran dari 3 hingga 5 tahun (36 hingga 60 bulan);
    7. Cara bayar balik ansuran adalah melalui cawangan-cawangan bank yang ditentukan.
  2. Untuk Penjamin
    1. Warganegara Malaysia (Tidak Muflis);
    2. Berumur antara 21 hingga 55 tahun;
    3. Pendapatan minimum RM4,000 sebulan

Tatacara permohonan:-

  1. Borang Permohonan boleh diperolehi melalui pejabat YPPKM, laman web YPPKM www.yppkm.org
  2. Borang Permohonan yang lengkap boleh dikemukakan melalui pos atau wakil-wakil YPPKM untuk diproses dan diluluskan oleh YPPKM
  3. Permohon yang berjaya dikehendaki menandatangani perjanjian dengan YPPKM
  4. Pengeluaran wang pinjaman akan dibayar terus oleh pihak bank kepada peminjam dengan instruksi YPPKM.